Posts

GEOGRAFI PENDUDUK: PENGETAHUAN DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI TAMAN DESA KEMUMIN, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

Image
  Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan. 1.0 PENGENALAN Sisa pepejal dapat merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun (Hasnah, et.al, 2012). Selain itu, sisa pepejal juga dianggap sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (Soew dan Indera, 2016). Dalam erti kata lain juga, sisa pepejal dapat ditakrifkan sebagai bahan buangan daripada manusia kerana dianggap sudah tiada nilainya lagi. Seiring dengan pertambahan penduduk, perkembangan kawasan persekitaran dan perindustrian yang kian berkembang pesat dari semasa ke semasa menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat terutama oleh penduduk di sesuatu kawasan tersebut. Pertambahan jumlah s